Photobucket

Saturday 10 May 2014

PENYEDIAAN REKOD DATA / INVENTORI DAN LOG BOOK

Salam Sejahtera,

Dimaklumkan kepada Pegawai Teknologi maklumat (EIO) yang ditempatkan di sekolah, tuan diminta menyediakan

1) File peribadi
2) File Pendaftaran e-book (borang boleh dimuat turun dibahagian borang kegunaan rasmi)
3) File Inventori e-book ( borang boleh dimuat turun dibahagian borang kegunaan rasmi)
4) File rekod kehadiran
5) Buku log (catatan kerja harian)

Memo dan tatacara pengfailan boleh dimuat turun di sini. Sekian terima kasih.

Wednesday 9 April 2014

TAKLIMAT HARI KHAS SEKTOR PENGURUSAN MAKLUMAT DAN ICT BERSAMA PELANGGAN


Sukacita dimaklumkan bahawa, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu akan mengadakan Taklimat Hari Khas Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT Bersama Pelanggan. Taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh   : 14 April 2014 (Kuala Terengganu Selatan)
                 24 April 2014 (Kuala Terengganu Utara)
Masa     : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Dewan SK Sultan Sulaiman 1 (Kuala Terengganu Selatan)
                   Dewan SMK Bukit Tunggal (Kuala Terengganu Utara)


Tujuan taklimat diadakan untuk menyalurkan maklumat pengurusan perkhidmatan ICT KPM dan negeri serta menyediakan khidmat nasihat terhadap perkhidmatan yang disediakan. Bersama-sama ini dilampirkan surat, jadualdan agenda taklimat tersebut untuk perhatian dan tindakan tuan.

Wednesday 2 April 2014

PROGRAM SAYA SAYANG KERAJAAN


Salam Sejahtera EIO Daerah Kuala Terengganu
Sukacita dimaklumkan bahawa, TESDEC Services Sdn. Bhd  mengarahkan tuan/puan menghadiri program
Saya Sayang Kerajaan anjuran Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu ( APMT )
Oleh yang demikian disertakan memo dan senarai nama untuk tindakan dan perhatian kepada pihak pengurusan sekolah tuan/puan.
Muat turun memo Program tersebut di sini : SIRI 1, SIRI 2, SIRI 3 & SIRI 4.
Terima kasih.

Wednesday 5 March 2014

EIO PANTAU eBOOK DI 430 BUAH SEKOLAH


Penempatan Eksekutif Teknologi Maklumat (EIO) di 348 Sekolah Kebangsaan (SK) dan 82 Sekolah Menengah (SM) seluruh negeri mampu menambah baik pengurusan dan penggunaan e book kalangan pelajar.

Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Encik Razali Daud berkata, statistik pengunaan e Book sehingga ini melebih 72,000 pelajar memerlukan pemantauan rapi dan berterusan. 


“Prestasi EIO sangat memuaskan kerana dengan adanya Virtual Classroom serta Sekolah Maya sangat memerlukan penglibatan dan sokongan tenaga pakar bagi memastikan prasarana ICT Virtual School beroperasi dengan baik,” katanya di majlis Pelancaran Penyerahan e Book Tahun Empat Peringkat Negeri dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh di Stadium Tertutup Gong Badak semalam.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh timbalannya, Encik Hashim Mohd Zin.
Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri merangkap Ahli DUN Tepoh, YB Haji Muhammad Ramli Noh.

Katanya, cadangan permuafakatan secara gabungjalin bersama agensi lain seperti Bestari.Coom dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta komuniti setempat dapat memanfaatkan kelebihan e Book dan penempatan EIO.

“Penyertai semua peringkat mampu melahirkan pendidikan terbilang serta melestarikan pendidikan didalam komuniti,” katanya.
Dalam majlis berkenaan seramai 1038 pelajar dalam DUN Tepoh merupakan kumpulan pertama menerima pemberian e Book bagi Murid Tahun Empat daripada 23,000 seluruh negeri.