Photobucket

Wednesday 24 October 2012

MAJLIS AGIHAN KOMPUTER RIBA GURU TAHUN 5 2012 NEGERI TERENGGANU


Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas, dimaklumkan bahawa majlis tersebut akan diadakan pada 30 Oktober 2012 (SELASA) di Stadium Negeri, Batu Buruk, Kuala Terengganu yang akan disempurnakan oleh Y.A.B. Menteri Besar Terengganu.

Sehubungan dengan itu, Pegawai EIO Sekolah seperti di Lampiran A dimohon untuk bersama-sama untuk membantu tugas pelaksanaan proses penerimaan, pendaftaran dan agihan berkenaan sebagimana di dalam surat. Sila klik di sini untuk dapat surat tersebut. Harap maklum. Terima kasih.

Monday 22 October 2012

BORANG PENAMATAN SBB

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.
Bersama-sama ini dilampirkan salinan Borang Penamatan Talian Internet SBB. Pihak sekolah boleh menamatkan perkhidmatan Talian Internet SBB jika perkhidmatan 1Bestarinet telah digunakan sepenuhnya di sekolah berkenaan dengan capaian minimum 4Mbps. Ujian speedtest perlu dilakukan bagi setiap ZOOM. Surat dan Borang penamatan berkenaan perlu di faks kepada TM di talian 09-6262555.
Sebarang masalah berkenaan capaian perkhidmatan 1Bestarinet perlu dilaporkan kepada HELPDESK YES di talian 018 799 8787 atau emel kepada moesupport@ytlcomms.my

Sekian, terima kasih.

Sunday 14 October 2012

PERHATIAN KEPADA EIO SEKOLAH RENDAH YANG MASIH BELUM INSTALL TBKIDS DI PRASEKOLAH MASING-MASING

Perhatian kepada EIO Sekolah Rendah yang berkenaan.
  1. SK Kampung Tengah
  2. SK Gong Kapas
  3. SK Seberang Takir
  4. SK Serada
  5. SK Bukit Wan
  6. SK Kebor Besar
  7. SK Kesom
  8. SK Kampung Gemuroh
  9. SK Kompleks Mengabang Telipot
  10. SK Bukit Losong
  11. SK Bukit Tumboh
  12. SK Padang Kemunting
  13. SK Gong Tok Nasek
  14. SK Bukit Tunggal
  15. SK Pagar Besi
  16. SK Bukit Tok Beng
  17. SK Padang Hiliran
Mohon kerjasama daripada EIO sekolah berkenaan untuk install TBkids V2 di prasekolah masing-masing dan borang instalasi perlu diisi dan dihantar kepada EIO PPDKT di alamat email: eio.ppdkt@gmail.com sebelum 16 Oktober 2012.
Harap maklum, terima kasih.