Photobucket

Sunday 10 November 2013

MAJLIS eBOOK DUN WAKAF MEMPELAM 2013


6 November 2013 – Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu telah mengadakan Majlis Penyerahan eBook kepada murid Tahun 4, 2013 bagi DUN Wakaf Mempelam di Dewan Terbuka, Komplek Seri Iman, Kuala Terengganu. Majlis penyerahan disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, YB. Haji Mohd Zubir bin Embong. Turut hadir Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Maklumat dan ICT, Encik Nasir bin Ismail, Timbalan PPD Kuala Terengganu, Encik Azahar bin Abu Bakar dan Penghulu Mukim Wakaf Mempelam. Seramai 367 orang murid Tahun 4 dari 6 buah sekolah rendah di DUN Wakaf Mempelam menerima eBook masing-masing. PPD Kuala Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak dan ahli jawatan kuasa yang terlibat serta menjayakan majlis tersebut.

No comments:

Post a Comment